Wednesday, 4 September 2013

Makluman...

PPKI SKTM 1 akan mengadakan Kem Keberdikarian Murid siri 2 pada 10/09/2013 - 11/09/2013 bertempat Agro Resort Setiu Terengganu.

Thursday, 22 August 2013

Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2013

Merdeka...merdeka...merdeka... laungan keramat yang dinantikan oleh setiap rakyat Malaysia. Bagi menghidupkan semangat kemerdekaan anak merdeka SKTM 1 telah melancarkan program bulan kemerdekaan peringkat sekolah pada 22 Ogos 2013. Pelbagai aktiviti yang disediakan antaranya pertandingan mewarna, persembahan murid, melukis poster, mewarna tanjak merdeka dan sebagainya.

Wednesday, 21 August 2013

Seronoknya Raya

Meriah sungguh sambutan Hari Raya Aidilfitri diperingkat sekolah. Sambutan ini telah diadakan seperti berikut:    Hari : Rabu bersamaan 21-8-2013.

Tuesday, 2 July 2013

Lawatan Sambil Belajar PPKI 2013

Seronok sungguh "anak-anak" kami menyertai lawatan ke Pulau Langkawi selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini telah berlangsung pada 25 - 27 Jun 2013. Seramai 40 orang yang menyertai lawatan ini. Banyak tempat yang menarik telah dilawati. Antaranya Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa, Pulau Beras Basah, Kilang Gamat, Beras Terbakar, Under water world dan sebagainya.

Terima kasih juga kami ucapkan kepada Mc Donald dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) kerana telah menaja kami makan tengah hari dan makan malam. Terima kasih juga diucapkan kepada pihak Ismal Ria sebagai ejen pelancongan kami di sana.

Thank you and see u next trip...





Thursday, 23 May 2013

Perkhemahan Agung Badan Beruniform SKTM 1 2013

Perkhemahan Agung Badan Beruniform Peringkat Sekolah telah berlangsung dengan jayanya. Perkhemahan ini terdiri dari unit badan beruniform seperti pengakap, TKRS, PBSM, Tunas Putri, Putri Islam, Pintar, Doktor Muda dan lain-lain. Perkhemahan ini juga tidak ketinggalan disertai oleh Pengakap Pendidikan Khas SKTM 1. Seramai 12 orang murid pendidikan khas telah menyertai perkhemahan tersebut. Berikut adalah maklumat perkhemahan:

            Tarikh: 21 - 23 Mei 2013
            Tempat: Tapak Perkhemahan Putera Valley, Tanah Merah Kelantan

Antara aktiviti yang dijalankan seperti berikut:

  • Flying Fox
  • Laluan berhalangan
  • Night walk
  • Water confident
  • Kayak.



*gambar aktiviti sila klik pada aktiviti

Thursday, 21 March 2013

Terima kasih dan jumpa lagi...

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru pendidikan khas SKTM 1 kerana sepakat menjayakan Karnival Pendidikan Khas Peringkat PPD Tanah Merah yang berlangsung pada 19 - 20 Mac 2013. Terima kasih juga kepada Pentadbir SKTM 1 di atas sokongan dan dorongan yang jitu kepada PPKI SKTM 1. Karnival ini telah disertai oleh sekolah Pendidikan Khas di bawah PPD Tanah Merah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Segala usaha dan tenaga amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Kalau ada sumur di ladang
boleh kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berkarnival lagi....

p/s: untuk melihat gambar kami klik jer kat aktiviti di atas ;p

Monday, 4 March 2013

Pengumuman...

Assalamualaikum...
 
PPKI SKTM 1 akan menganjurkan Karnival Pendidikan Khas di peringkat PPD Tanah Merah. Program ini akan disertai oleh sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di PPD Tanah Merah. Berikut butiran program Karnival Pendidikan Khas:
 
                                     Tarikh: 19 - 20 Mac 2013
                                     Tempat: SK Tanah Merah 1.
 
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah : - Mini jualan
                                                                    - Sukaneka
                                                                    - Pameran dan demonstrasi
                                                                    - Pertandingan antara murid, ibubapa dan guru.
 
Kepada semua PPKI sekolah jemputan diharapkan dapat memeriahkan lagi program Karnival Pendidikan Khas dan sila pastikan borang penyertaan diserahkan selewat-lewatnya pada 7 Mac 2013.
 
 

Sunday, 24 February 2013

Taklimat Program Karnival Pendidikan Khas

Tarikh : 27 Feb 2013 (Rabu)
Masa : 12.00 tgh
Tempat : Bilik Wahana, SKTM 1

Friday, 8 February 2013

Kem Keberdikarian Murid Fasa 1

Sekalung tahniah kepada semua guru dan ppm PPKI SKTM 1 kerana telah berjaya melangsungkan Kem Keberdikarian Murid Fasa 1 yang melibatkan aktiviti pengurusan diri. Program ini telah berlangsung pada 5 feb 2013 bertempat di Dataran Perhimpunan SKTM 1. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program ini seperti:
 
- Penerangan Kebersihan Gigi dan demonstrasi menggosok gigi.
- Di mana saya?
- Pertandingan mewarna
- Menyusun jigsaw puzzle 
 
Terima kasih dan jasamu dikenang .... semoga kita berjumpa lagi untuk fasa 2.

Friday, 11 January 2013

Tahniah dan terima kasih...

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan ppm Pendidikan Khas SK Tanah Merah 1 kerana telah berjaya melaksanakan program Perjumpaan Ibubapa Murid Pendidikan Khas kali pertama bagi tahun 2013. Terima kasih juga kepada ibubapa murid pendidikan khas kerana meluangkan masa untuk menghadiri program tersebut. Seramai 30 orang ibubapa yang menghadiri perjumpaan tersebut.
 
Program ini telah dihadiri oleh Guru Besar Pn. Hjh Zainon Bt Hamzah, PK Pendidikan Khas Pn. Hjh Zubaidah Ab Rahman, PK 1 Tn. Hj. Hashim Abdullah, PK HEM En. Chin Chiang Gee, dan PK KO En. Yusof Ismail. Ribuan terima kasih diucapkan.
 
Antara isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:
  • Peraturan sekolah.
  • Elaun Murid.
  • Kehadiran Murid.
  • KSSR
  • LINUS
  • Aktiviti Ko-kurikulum
  • Aktiviti Tahunan.

Monday, 7 January 2013

Jom Kenali Pendidikan Khas

    
    Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk mereka yang berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
 
   Di negara kita Malaysia pendidikan khas telah termaktub di dalam akta pendidikan dan menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah dikhususkan untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
 
   Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
 
Syarat-syarat
 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan serta syarat kemasukan. Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.
 
 

Perjumpaan Ibu bapa dan Guru Pendidikan Khas

Perjumpaan ibubapa dan guru akan berlangsung seperti berikut:

  • Tarikh: 10 Jan 2013
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat: Bilik Wahana SKTM 1

Friday, 4 January 2013

Salam Muhibbah

Assalamualaikum...

Terima kasih diucapkan kerana kesudian anda menklik blog Pendidikan Khas SK Tanah Merah 1. Segala idea, komen, cadangan dan yang berkesesuaian amat dialu-alukan bagi meceriakan laman blog PPKI.

Diharapkan blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua dalam penyebaran maklumat dan maklumat terkini yang berkaitan Pendidikan Khas. Segala perkongsian maklumat diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.