FALSAFAH
PENDIDIKAN KHAS |
Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid yang keperluan khas ke arah kecemerlangan hidup sejajar dengan
hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
MISI
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti
kepada murid-murid keperluan khas untuk menjadikan mereka insan yang dapat
berdikari, berjaya dalam hidup dan memberi sumbangan bakti kepada masyarakat
dan negara.
Melengkapkan kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran dengan kemahiran-kemahiran tertentu bagi membantu mereka mempelbagaikan perkembangan dari segi jasmani, intelek, rohani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli masyarakat yang berguna dan berdikari.
OBJEKTIF
-
Menguasai kemahiran berkomunikasi
- Menguasai kemahiran bergaul
- Menguasai dan perkembangan perasaan ingin tahu mengenai hal diri dan alam sekeliling.
- Menjaga hal-hal kehidupan seharian.
- Menjaga kesihatan dan keselamatan diri
- Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai murni
- Mengembangkan potensi, bakat daya kreatif dan intelek
No comments:
Post a Comment