Friday 11 January 2013

Tahniah dan terima kasih...

Tahniah diucapkan kepada semua guru dan ppm Pendidikan Khas SK Tanah Merah 1 kerana telah berjaya melaksanakan program Perjumpaan Ibubapa Murid Pendidikan Khas kali pertama bagi tahun 2013. Terima kasih juga kepada ibubapa murid pendidikan khas kerana meluangkan masa untuk menghadiri program tersebut. Seramai 30 orang ibubapa yang menghadiri perjumpaan tersebut.
 
Program ini telah dihadiri oleh Guru Besar Pn. Hjh Zainon Bt Hamzah, PK Pendidikan Khas Pn. Hjh Zubaidah Ab Rahman, PK 1 Tn. Hj. Hashim Abdullah, PK HEM En. Chin Chiang Gee, dan PK KO En. Yusof Ismail. Ribuan terima kasih diucapkan.
 
Antara isu yang dibincangkan adalah seperti berikut:
  • Peraturan sekolah.
  • Elaun Murid.
  • Kehadiran Murid.
  • KSSR
  • LINUS
  • Aktiviti Ko-kurikulum
  • Aktiviti Tahunan.

Monday 7 January 2013

Jom Kenali Pendidikan Khas

    
    Pendidikan khas adalah perkhidmatan dan kemudahan pendidikan yang disediakan untuk mereka yang berkeperluan khas, atau kurang upaya, yang terdiri daripada mereka yang mengalami kecacatan mental, bermasalah pembelajaran, gangguan emosi dan tingkah laku, gangguan komunikasi(pertuturan dan bahasa), hilang pendengaran, hilang penglihatan atau darjah penglihatan yang rendah, kecacatan fizikal dan golongan pintar cerdas.
 
   Di negara kita Malaysia pendidikan khas telah termaktub di dalam akta pendidikan dan menurut Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas 1997 Bahagian II 3(2) menyediakan pendidikan khas dan kemudahan untuk murid bermasalah penglihatan dan pendengaran, manakala pendidikan khas integrasi pula adalah dikhususkan untuk yang bermasalah pembelajaran, penglihatan, dan pendengaran.
 
   Ia diwujudkan di peringkat prasekolah, sekolah harian biasa rendah dan menengah serta sekolah menengah teknik atau vokasional, dengan menggunakan pendekatan pengajaran berasingan dan separa inklusif. Tempoh pengajian bagi sekolah rendah adalah selama enam tahun, manakala bagi sekolah menengah pula selama lima tahun dan dilanjutkan sehingga dua tahun maksimum mengikut keperluan murid.
 
Syarat-syarat
 
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan garis panduan serta syarat kemasukan. Syarat-syarat kemasukan ke sekolah pendidikan khas pula adalah; Tadika(berusia tidak kurang 6 tahun), Sekolah Rendah(berusia 6+ hingga 14+ tahun) dan Sekolah Menengah (13+ hingga 19+ tahun. Semua kanak-kanak ini mestilah mendapat pengesahan daripada doktor terlebih dahulu dan dapat menguruskan diri sendiri tanpa bantuan individu atau orang lain.
 
 

Perjumpaan Ibu bapa dan Guru Pendidikan Khas

Perjumpaan ibubapa dan guru akan berlangsung seperti berikut:

  • Tarikh: 10 Jan 2013
  • Masa: 9.00 pagi
  • Tempat: Bilik Wahana SKTM 1

Friday 4 January 2013

Salam Muhibbah

Assalamualaikum...

Terima kasih diucapkan kerana kesudian anda menklik blog Pendidikan Khas SK Tanah Merah 1. Segala idea, komen, cadangan dan yang berkesesuaian amat dialu-alukan bagi meceriakan laman blog PPKI.

Diharapkan blog ini akan memberi manfaat kepada kita semua dalam penyebaran maklumat dan maklumat terkini yang berkaitan Pendidikan Khas. Segala perkongsian maklumat diucapkan terima kasih.

Sekian, terima kasih.