Sekalung tahniah diucapkan kepada semua guru pendidikan khas SKTM 1 kerana sepakat menjayakan Karnival Pendidikan Khas Peringkat PPD Tanah Merah yang berlangsung pada 19 - 20 Mac 2013. Terima kasih juga kepada Pentadbir SKTM 1 di atas sokongan dan dorongan yang jitu kepada PPKI SKTM 1. Karnival ini telah disertai oleh sekolah Pendidikan Khas di bawah PPD Tanah Merah dengan pelbagai aktiviti yang menarik. Segala usaha dan tenaga amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Kalau ada sumur di ladang
boleh kami menumpang mandi
kalau ada umur yang panjang
boleh kita berkarnival lagi....
p/s: untuk melihat gambar kami klik jer kat aktiviti di atas ;p
Thursday, 21 March 2013
Tuesday, 5 March 2013
Monday, 4 March 2013
Pengumuman...
Assalamualaikum...
PPKI SKTM 1 akan menganjurkan Karnival Pendidikan Khas di peringkat PPD Tanah Merah. Program ini akan disertai oleh sekolah yang mempunyai Program Pendidikan Khas Integrasi di PPD Tanah Merah. Berikut butiran program Karnival Pendidikan Khas:
Tarikh: 19 - 20 Mac 2013
Tempat: SK Tanah Merah 1.
Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah : - Mini jualan
- Sukaneka
- Pameran dan demonstrasi
- Pertandingan antara murid, ibubapa dan guru.
Kepada semua PPKI sekolah jemputan diharapkan dapat memeriahkan lagi program Karnival Pendidikan Khas dan sila pastikan borang penyertaan diserahkan selewat-lewatnya pada 7 Mac 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)